Salam,
Oklah ini cerita lama....patutnya nak buat entry ni awal tapi dek kerana tak ada masa busy sokmo...
Adik bongsu aku, Zalikha telah dirisik oleh keluarga Farid dalam bulan Januari....So masa tu kata sepakat telah diambil untuk mengadakan majlis pertunangan dalam bulan Februari....
Bila dah nak adakan kenduri kat rumah biasalah memang akan sibuk....Kebetulan pulak abah nak buat kenduri tahli before majlis bertunang so kenalah siap sedia sedikit such as kemas rumah, bentang carpet, cuci porch dan sebagainya.....Nasib baiklah makanan untuk kenduri kita orang tempah katering aje, kalau tak mesti lagi super sibuk.....
Jom tengok gambar sambil tu aku bercerita.......

Merebus telur masin.....Walaupun makanan kita orang tempah katering tapi nak jugaklah tambah-tambah lauk sikit....Lagipun telur masin ni kan pembangkit selera.....

Bunga ini adalah untuk Farah mengubah hantaran...Kali ini konsep fresh flowers yang Farah suggested untuk hantaran pertunangan.....

Ini tugasan aku....Meracik bunga rampai....Sikit punya halus aku potong daun pandan tu.....Dekat nak 2 jam aku mengerjakan sorang-sorang sambil dibantu sikit oleh dikna.....

Tengah syok-syok meracik daun pandan, lalu pulaklah aiskrim....Apalagi tinggalkan kejap daun pandan terus tahan motor aiskrim....Punyalah gian nak makan aiskrim kon ni sampai 2 aku ambik tau!! hehehe jangan marah haaaa

Sempat berposing lepas Farah balik dari ambik Rainbow Cake kat Shah Alam.....

Membungkus semula chocolate bar untuk majlis esok....Time ni dah macam kilang pembungkusan haram lak aku tengok....
Aku balik ke rumah dalam pukul 12 malam....Penatnya badan janganlah cerita....So lepas fresh up terus naik atas katil untuk tidur....Kena look good untuk majlis esok....