Sunday, April 12, 2009

Jalan-jalan di Petaling Street


Pintu gerbang Jalan Petaling @ Petaling Street


Salam,

Keluar dengan my sis, Farah and my daughters (Aishah & Aliyyah) to Petaling Street (PS) tujuan utama nak cari bunga segar untuk gubahan sirih junjung...Plan asal nak ke Bangsar coz according to my sis bunga-bunga kat situ lebih segar dan banyak pilihan tapi last minutes ada pertukaran pulak.. Ini semua gara-gara kami semua terbangun pagi lewat...he he he jangan marahnye...inilah akibat kalau masing-masing 'cuti' solat. Eh!! melalutlah pulak...

Tak perlu risau berpanas, kerana sepanjang lorong telah berbumbung


Dah alang-alang berjalan, kita orang pun ambik lah kesempatan pusing-pusing kat PS sambil cuci-cuci mata tengok imitation branded handbags yang berlambak bergantungan sana sini... Kalaulah aku tak memikirkan peniaga kat PS ni 'ala-ala ganas' gituk ramah jugak aku bertanyakan harga handbag-handbag tu...Tapi sorry lah eden tak berani!! Serius takut.. Nanti kalau tanya tak beli, dia orang marah. So tengok ajelah ye sambil gigit jari!! Lagipun ongkosnya enggak mengijinkan (peringatan...sila baca dalam loghat Indon k).

Tips untuk membeli belah kat sini ialah sekiranya you all betul-betul serius nak membeli barulah buat tawar-menawar. Kalau sekadar nak suka-suka aje baiklah lupakan. Ataupun katalah kita nak tahu harga saja tapi tak ada niat nak beli, apa yang boleh dilakukan tanyalah pada peniaga dengan baik seperti, 'Saya nak tahu harga saja tapi bukan nak beli tau..' sambil bergurau-gurau manja dengan mereka (tips menggedik namanya). At least tak adalah kita bagi hope sangat kat depa ni...

Kadang-kadang tu, kita boleh dapat good bargain especially time dia orang baru bukak kedai. Pada pendapat dia orang, first customer yang membuat pembelian/transaction tu bawak 'ong' atau untung pada perniagaan mereka..
Dalam pada itu, sempat jugak kita orang menyinggahkan diri ke kedai borong barangan mainan...Siapa sangka kedai mainan budak-budak pun boleh buat kita orang yang dah besar panjang ni ralit dan leka...

Sedar tak sedar rupa-rupanya dekat nak 2 jam kita orang kat PS...Asalnya nak cari bunga segar jadi agenda lain pulak...Itulah yang my sis selalu kata, kalau keluar dengan along ni mesti ada macam-macam kejutan (ala-ala AF gituk...) if not tak seronoklah pulak kan...

No comments: