Salam..,
Since malam ni ialah 'Graduation Night' untuk Form 5 student, aku pun decided nak bagi hadiah untuk Sofia (Aishah's college sister). College Sister a.k.a CS atau Bahasa Malaysia kita ni, kakak angkat ialah mereka yang diamanahkan untuk mengawasi anak kita semasa di sekolah..
Sejak si Sofia ni jadi CS anak aku, tak pernah aku belikan apa-apa hadiah buat dia. Tak kiralah birthday ke, hari raya ke apa je lah tak pernah teringat nak bagi something (Apa punya teruk aku ni kan!!!).
So kali ni aku decided nak belikan sesuatu sebagai terima kasih sebab tolong tengok-tengokkan anak aku (tahun depan ni anak aku dah kira seniorlah!!).
Satu Jusco Seremban 2 tu aku pusing sambil berfikir nak beli untuk budak ni. Nasib baik building ni kecik aje kalaulah besar macam Pavillion tu mahu pengsan kalau 2 -3 round pusing... Kejap aku masuk MPH. Tak puas hati masuk Popular Bookstore pulak..Tak puas hati lagi masuk Jusco pulak..Help!!! I cannot make up my mind nak beli apa untuk budak ni...
Entah macamana masa kat dalam Popular Bookstore tu tiba-tiba terdatang idea nak hadiahkan pen...Cadangnya nak beli terus kat situ tapikan salesgirl kat situ ada berlagak sikit so terus aku terfikir dari beli kat sini lebih baik aku beli kat Jusco...Boleh jugak aku tambah point Jcard aku...
Apalagi terus aku ajak Aishah pergi balik ke Jusco dan terus pergi ke kaunter yang jual pen...Belek punya belek, telek punya telek akhirnya aku decided beli pen jenama Sheaffer. Kebetulan pulak kalau beli jenama ni boleh engrave nama free...Yeahhh!!! dalam hati akak suka kalau yang free-free ni..Kalau brand lain bukannya tak boleh engrave nama tapi dikenakan charge sedikit.
Yang membuatkan aku lebih kagum ialah bukan setakat boleh engrave free tapi wrapping service semuanya dibuat dikaunter Sheaffer. Tak payah pergi ke Customer Service Counter Jusco. Tak perlu nak pening-pening kepala cari pembalut hadiah dan sebagainya...Semuanya tersedia...
0 comments:
Post a Comment