Wednesday, January 5, 2011

Cuti-cuti Jakarta Bandung Day 2 (Part 1)

Salam,

Hari ini merupakan hari ke-2 kita orang di Bandung...Cuaca pagi sejuk, nyaman dan cerah...We had our breakfast kat hotel...Tapi breakfast kat sini janganlah expect macam 4 - 5 star hotel ye!! No buffet-buffet ok...





Sepatutnya kita orang ada pilihan samada nak roti bakar atau nasi goreng tapi sedihnya hari itu cuma ada nasi goreng dengan telur dadar dan dihidang dengan secawan kopi hitam panas yang pekat likat lagi sedap....

Kopi hitam kat sini memang best..Brand kopi dia ialah brand 'Kapal Api' 3 in 1 tapi rasanya pehhh!! memang terangkat. Rasa kopi dia tak sama dengan yang kat KL. Sebab tu kalau ke sana aku akan beli stock Kapal Api 3 in 1 ni banyak-banyak bawak balik.



Habis breakfast, kita orang semua bergerak ke Pasar Baru seperti yang dalam agenda..Kalau ke sini adalah sebaiknya pergi seawal pagi..Kalau tak silap dah ada kedai yang buka jam 8 pagi..Kebaikan pergi pagi ni ialah orang tak ramai dan kita boleh tawar menawar harga bukak kedai...


Lepas turun dari Pregio Pak Adang

Kat sini memang terkenal dengan jualan telekong, jubah, kain cotton (omg kain cotton lagi!!), manik-manik, kain sulam-sulam, kebaya sulam, imitation bags, karpet (camnelah nak bawak balik KL), kraftangan dan macam-macam lagi dengan harga yang sangat berpatutan..



Pengembaraan bermula di Pasar Baru

Juga diingatkan kat sini terdapat banyak peniaga-peniaga yang menjual cenderahati, air, kopiah, reusable bags dan mainan kanak-kanak yang akan senantiasa mengekori kita...Memang agak merimaskan sebab kita akan rasa tak selesa dan terganggu especially bila kita nak bershopping...Just ignore them..Tapi kan kesabaran pun ada jugak batasnya...Ada sekali tu aku dah tak tahan bila peniaga ni berulang kali approach aku seolah mendesak membeli barangan jualan dia sampaikan aku tertinggi suara...Dia terus mintak maaf dan beredar...Aku rasa bersalah jugak. Mungkin desakan hidup yang membuatkan dia orang bertindak demikian..Iyelah kalau tak ada hasil jualan macamana nak sara hidup kan.. Tapi problemnya kalau kita layan pulak dia orang ni alamatnya ramai lagi yang akan berkerumun kat kita...So fikir-fikirkanlah ye..



Berbunga-bunga senyum...Maklumlah dah terbalas dendam tahun 2009 bila mana tak habis kita merayau kat sini tau!!!

Oleh kerana Pasar Baru ini bertingkat-tingkat dan besar so kita orang berpecah-pecah kepada 3 kumpulan...Iyelah ada yang nak cari telekung, ada yang nak cari jubah, ada pulak nak cari terjemahan Al-quran...So dapat jimatkan masa sikit...



Bermacam-macam sulaman dan warna untuk telekung...Harga bergantung kepada kualiti dan sulaman..
Tersenyum lebar depan kedai Suci Jaya...Maklumlah dah dapat apa yang terhajat dihati..
Kita orang menyinggah di kedai menjual baju dan kain sulam...Nama kedai ini Suci Jaya dan terletak di Lantai 1...

Adalah aku membeli sehelai baju sulam dan sehelai blaus bercorak batik jawa...Harga kat sini not bad dan still boleh tawar-menawar lagi. Dan pekerja kat sini baik, peramah dan very helpful...

Wati & Farah sedang sibuk meng'interview' Mama Lisa...Kalau nak tahu umur dia ni dah masuk 50 tahun tapi badan bergetah lagi beb...Dia ni asyiklah mempromosi produk awet muda dia diseluruh Pasar Baru..

Lepas Suci Jaya, aku singgah di kedai menjual telekung dan kebaya sulam....Kali ini aku beli telekung yang untuk travel dan kebaya sulam warna oren...Bukan aku aje yang beli kebaya tapi Wati dan AishahAdik pun beli jugak...



Kak Su tengah berfikir-fikir nak beli ke tak kain kat belakang tu...



Kat Pasar Baru ini pun terdapat banyak kedai textiles...Tak ingatlah kat lantai mana tapi satu dalam satu tingkat tu memang semuanya kedai menjual kain...Aku pulak menyinggah di Kedai Rama sebabnya tergoda dengan satu kain cotton yang bersulam dan berbunga timbul...Sudahnya aku terbeli jugak bukannya satu tapi 2 pasang kain cotton tau!! Terbang ongkos gue....Kita orang berlegar-legar kat Pasar Baru ni lebih kurang setengah hari before kita proceed untuk makan tengahari...


Pada pendapat aku kalau nak berkunjung ke Pasar Baru mestilah pergi seawal pagi dan spend your time sekurang-kurangnya 1 hari untuk explore semua tingkat. Itupun aku jamin takkan dapat habis kesemuanya sebabnya banyak betul kedai-kedai yang sangat menarik perhatian..
Lepas tu sila perkasakan fizikal mental untuk berdepan dengan peniaga-peniaga kecil yang tegar...Apa yang penting just ignore them..Pernah sekali tu oleh kerana aku dah terlampau fed-up dengan sipeniaga air sampaikan kalau nampak kelibat dia orang nak datang kat aku, aku pun buat-buat minum air mineral yang aku bawak...Jadi terlepaslah aku dari dihampiri oleh dia orang ni...Tapikan aku pulak suffer...Asyiklah keluar masuk toilet sebabnya aku terlebih minum air...Padan muka aku kan...

Wati sampai garu kepala memikirkan corak kain mana yang nak dibeli....



Dan lagi satu jangan lupa siapkan duit yang berlebihan..ahaks..Iyelah semua benda yang ada depan mata kalau boleh nak rembat...Acah aje...Apa yang penting membeli belah kenalah berhemah...Kalau tak nanti bila balik dah menyesal terbeli itu terbeli ini...So spend wisely lah ye...


Bersambung....

6 comments:

Marsita said...

ye ye..mmg best kat Bandung.. kat kedai Rama tu ada cotton jepun, cantik...

zai mohamad said...

salam marsita..
itu yg terbeli sampai 2 pasang tu..sampai sekrg ada lg belum dibuat baju

Putera Purnama said...

nak tanya.. u all sewa pregio for how many days ea?? n harga die berapa?? per day??

zai mohamad said...

Salam putera purnama..

total up 6 hari = Rp4,500,000

Anonymous said...

Salam. Berapa harga 1 set telekung macam warna biru tu ya? :)

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com