Friday, January 21, 2011

Jalan-jalan @ Jalan Kenanga


Salam,

Hari ini masa lunch aku, Naqi dan Kak Fara ambik peluang menyelinapkan diri ke Jalan Kenanga pusat pemborong...Walaupun dekat aje dengan office tapi tak pernah terfikir pun nak kesini cuma selalu dengar cerita dari kawan-kawan office yang pernah kesini...

So kita orang menaiki LRT Star dan berhenti di stesen Hang Tuah....Dan pada pendapat aku kalau nak ke Jalan Kenanga ni adalah lebih baik menaiki kenderaan awam sebabnya sangat menyenangkan dan parking disini sangat limited..Aku tengok orang buat double parking lagikk...



Disini terdapat banyak menjual baju-baju kurung, jubah, blaus, inner, tudung, kain, kasut, handbags, aksesori...tapi semuanya kena beli in bulk...Contohnya mesti beli 6 helai atau lebih...Kalau nak setakat nak beli sehelai baik lupakan aje...Memang tak layan...Lagipun telah dilekatkan atau digantungkan notis "PEMBORONG SAJA"kat pintu masuk...So sendiri fahamlah ye...



Dalam banyak-banyak kedai yang kita orang singgah kat situ adalah satu dua kedai ni yang kiranya OK sikit boleh jual minimum sehelai...Kalau kat kedai lain jangan harap paling tidak mesti kena beli setengah dozen paling minimum....Apa pulak kejadahnya aku nak ambik baju yang sama corak tapi lain-lain colour sampai 6 helai...Banyak tu...Ambik kau seminggu pakai baju corak sama....




Aku sempat jugak masuk kat satu kedai menjual aksesori...Aksesori dia memang cantik-cantik tapi kena beli 4 baru boleh dapat harga borong...Kalau satu barang harganya sekali ganda....Terus cancel tak jadi beli walaupun aku memang dah cinta sama itu gelang tangan.....What to do....

Sudahnya kita orang bertiga tak beli apa-apa...Pulang dengan tangan kosong...Maklumlah kami-kami ini bukannya pemborong....Tapi apa yang penting kita orang dah menjejakkan kaki kat sini...

No comments: