Tuesday, March 1, 2011

Cuti-cuti Bandung Jakarta Day 5 (Part 1)

Salam,


Setelah 4 hari di Bandung, now kita orang sambung bercuti shopping di Jakarta pulak...Seawal pagi kita orang bergerak menaiki van Pregio Pak Adang yang setia membawa kita orang kemana saja kita orang nak pergi....

Kat belakang beg kita orang dah membumbung tinggi...Itu baru kat Bandung, nanti sampai Jakarta nak sambung berjalan lagi...Kena bajet betul-betul sebab ongkosnya kenalah simpan sikit takut nak bayar excess baggage kat airport nanti....

Lebih kurang 2 jam setengah perjalanan kita orang selamat sampai di Jakarta dan kali ini kita orang menginap di Orchadz Hotel....Booking 3 bilik....2 bilik di tingkat yang sama while Kak Su pulak kat tinggat lain...

Lepas urusan check in selesai, kita orang keluar untuk lunch di Garuda Restaurant (masakan Padang)...Kali ini Abang Zul tak nak ikut...Sakit pinggang katanya...Iyelah habis lenjan kita orang yang kaki shopping ni usung ke sini ke sana...Kesian Abang Zul....Tak apalah Abang Zul rehat kat hotel, kita orang akan make sure yang kita orang jaga Kak Su dan Aiman...

Masa on the way dalam van, tiba-tiba Abang Zul call and siap pesan dengan Kak Su jangan lupa baca Ayat Kursi, Al-Fatihah dan 3 Qul...Apalagi terus kita orang dalam van ni ramai-ramai baca surah-surah yang Abang Zul pesan tadi...Ketua mengaji dia siapa lagi kalau bukan Wati...Pak Adang yang tengah drive pun tersenyum simpul dengan gelagat kita orang ni...Suka hati kita orang aje nak mengaji ke, menyanyi ke...Lagu pulak tak boleh blah...Lagu nasyid bulan-bulan Islam, nama-nama Allah dan nama-nama Nabi...Tak main lagu rock ke, hip hop ke, rap ke....Muslimah lah katakan...ahak. Baikkan kita orang ni!!!!...hmmm


Hotel Orchardz...



Check in time...Wati & Farah dikaunter...



Orang sibuk nak check in bagai, aku dengan AishahAdik sibuk bergambar....





Bilik hotel yang selesa...Sorry ye gambar muka kena blurkan....Tuan punya badan tak bertudung....





Chakkk!!!! Kuss semangat...Ingatkan ada monster purple nak serang van Pregio Pak Adang...Rupa-rupanya pelampung....Apa saja boleh dijual demi sesuap nasi....




Bila lampu isyarat hijau, penjaja jalanan ini akan beredar dan berdiri di pembahagi jalan..Bersedia menunggu lampu isyarat merah semula.....





Standby nak lintas jalan untuk makan...



Restoran Garuda masakan Padang...Restoran semua OK dari segi layanan dan kebersihan tapi yang tak syoknya tak ada section untuk non-smoking...Tak tahan aku bau rokok Gudang Garam...Hampir terkeluar segala isi perut menahan bau...



Wati, AishahAdik, Asfizah & Farah...



Aiman, Kak Su & Me...






Antara lauk yang dihidang...Jangan sentuh kalau tak nak makan...



Kalau sentuh jugak, silalah bayar...



Lepas lunch, kita orang straight ke Tanah Abang salah satu tempat bershopping ala-ala arked yang popular kat Jakarta ni....Tapi nasib tak baik sungguh kita orang ni sebabnya setiap hari Ahad, kedai-kedai disini tutup awal...So kita orang cuma ada masa kurang 1 jam untuk bershopping dan jalan-jalan kat sini....Makanya terpaksalah berpecah sebab masing-masing ada barang yang nak dicari....

Kita orang cuma sempat pusing-pusing kat tingkat bawah sekali aje...Oh ye kat sini lebih kurang macam pusat pemborong...Jadi kalau beli banyak dapat harga yang betul-betul murah dan berpatutan...Dalam pada kesuntukkan waktu, dapat jugak kita orang membeli blaus, jubah....Kalau pasal shopping serahkan aje kepada yang pakar macam kita orang ni ahaks...


Jom tengok gambar ye....



Tanah Abang (Block A)



Tanah Abang...Blok yang bertentangan...



Disekitar Tanah Abang...



Diluar bangunan Tanah Abang...



Pemandangan dalam Tanah Abang....



Antara barangan yang dijual disini...



Sambil memilih blaus sambil bergambar...(Credit Photo to Farah)



Me & Kak Su...Plus saiz blouse banyak kat sini...




Aku berposing dengan jubah cotton bertingkat 'Mary Had A Little Lamb'..(Credit Photo to Farah)



****Bersambung****

2 comments:

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com

Bobby Rachman said...

Salam Kenal

Mohon Maap ikut share di Blogeer Tuan?Puan

JOM CUTI2 BANDAR BANDUNG-JAKARTA

KYRAN TRANS ( SEWA KERETA MURAH )

call me CONTACT US

Demi memperlancar semua aktifitas kita di bidang ini dan demi menjaga silaturahmi dengan kami disini kami berikan Contact Person kepada semua pelanggan setia kami dan kepada semua pengunjung online di website kami ini. Untuk keperluan dan pelayanan serta informasi lebih yang ingin anda dapatkan. Anda dapat menghubungi Contact Person resmi kami

Di bawah ini adalah contact person resmi kami.

KYRAN TRANS ( SEWA KERETA MURAH )

logo kyran trans CONTACT US

Make your holiday become FUN, FRIENDLY, and EASY. Provide: Transport Service, Rent Car, City Tour Travel. So, just pick up your phone or send e-mail to contact us!
bobby kyran trans CONTACT US

SITUS RESMI KYRAN TRANS ( SEWA KERETA MURAH )
http://www.kyrantrans.com
http;//www.sewakeretamurah.com
OFFICE PHONE
022 – 92475958
HANDPHONE
+6281 312 767 300
+6281 573 307 300
BLACKBERRY PIN
73 DC 15 F1
WHATS UP
+6281 809 692 300
EMAIL Kyrantrans@gmail.com
OFFICE KYRAN TRANS ( SEWA KERETA MURAH )
JL. NYENGSERET NO 81 ( BANDUNG WEST JAVA – INDONESIA
TERIMA KASIH