Friday, June 10, 2011

Chalet Camar Laut & Ikan Bakar @ Bagan Lalang

Salam,


Hari ini aku cuti lagi...Aku and hubby aku dah plan nak bawak anak-anak bercuti ke Bagan Lalang memandangkan tak lama lagi cuti sekolah pun dah nak tamat....Dan kebetulan lagi hubby aku ada meeting kat Puchong and Nilai, jadi dekat sesangatlah dan menyenangkan lagi perjalanan....

Sementara hubby aku meeting, kita orang melepak kat Tesco Nilai....Dah alang-alang singgah teruslah membeli belah sikit jajan dan kerepek untuk kunyah-kunyah...

Sebaik aje hubby aku settle meeting dia, kita orang pun terus berdesup ke Bagan Lalang...Yang pertama ialah check in dulu kat chalet...Chalet yang pernah aku and friends duduk dulu.... Lepas tu call restoran ikan bakar and buat reservation untuk makan pukul 7 malam...Takut jadik macam dulu kena tunggu giliran untuk makan...

Gerak keluar dari chalet pukul 6.30pm sebabnya siAishah ni sibuk bebenar nak tengok sunset... Iyelah aku ni ikutkan saja....Bagi chancelah tengok sunset ke hape ke....Mama pun sebenarnya teringin jugak nak berdua-duaan dengan ayah kau kat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam....Datanglah mengaruk aku ni...he he he...

Sesampai kat ikan bakar, terus pergi pilih ikan, udang, sotong, ketam....Kebetulan hari tu tak ramai orang so boleh ambik our own sweet time untuk memilih....Kali ini kita orang ambik :


  • Ketam masak bercili

  • Udang goreng butter

  • Siakap stim

  • Kerapu 3 rasa

  • Sotong goreng tepung

  • Kangkung goreng belacan

  • dan tidak dilupakan tomyam ayam untuk simanja Aliyyah...

Seronok aku tengok anak-anak aku makan especially Adam dan Aishah...Sejak dah besar ni dia orang berdua dah pandai meratah...Insyaallah kalau ada rezeki, aku nak kesini lagi...


Dalam restoran....

Waktu operasi....




Aishah...

Dia pun tak nak ketinggalan...Nak posing jugak...Iyolah abang....



Senarai harga...



Sempat lagi bergambar sebelum pilih ikan....



Hasil 'tangkapan' aku tadi...Yummy...



Untuk tempahan, boleh hubungi nombor telefon yang tertera or click HERE for more info.....



p/s : sempat aje aku 'melarikan diri' ke pekan lepas dinner...Saje nak tengok-tengok tempat orang....



1 comment:

Anonymous said...

nama restoran ikan bakar di mana ye. mcm best je.ada no.tel x restoran tu..