Memandangkan esok Aishah dah balik ke asrama, so hubby aku sibuk ajak kita orang semua keluar jalan-jalan...Kata hubby aku kesian pulak kat Aishah..Lepas ni kena kurung kat TKC...Apa-apalah abang ooi...
Satu yang aku geram dengan hubby aku ni bila dia ajak keluar dia tak boleh decide mana tempat yang dia nak pergi...Sudahnya aku jugak yang buat decision...Aku lagi suka sebabnya aku akan pilih tempat yang aku suka pergi macam Pavillion ke, 1 Utama ke, Mid Valley ke atau The Curve ke...Kali ini aku pilih Sunway Pyramid (itulah bang...lain kali jangan bagi zai pilih nak gi mana tau!!!) Maklumlah masih ada sales lagi...Akak kau ni pantang ada sales suka aje...auwwww!!!

Tapi biasalah excited nak shopping aje yang lebih tapi bila dah jalan-jalan satu Sunway tu tak tahu nak beli apa...Lagipun aku memang tak ade aim nak beli baju ke, kasut ke...Cuma kalau ada yang murah boleh lah aku tambah collection baju ke office...hehehe
Sudahnya untuk menghilangkan boring dan penat, kita orang singgah ke Krispy Kreme pekena donut and minum air....Oleh kerana aku dah habis pusing satu Sunway Pyramid ni, aku macam rasa nak ajak hubby aku pergi tempat lain pulak tapi mana ye???? Hmmmm......
0 comments:
Post a Comment